Selasa, 24 Desember 2013
Setelah menyerang Anwar Dr M menyalahkan Yahudi pulak sebagai pencetus masalah
Oleh Zurairi AR
October 23, 2012
KUALA LUMPUR, 23 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini menyalahkan Yahudi sebagai "pencetus masalah" dan menjelaskan polisi ekonomi yang dilaksanakannya yang dianggap anti Yahudi hanya untuk membantu membangunkan Malaysia.
"Masalahnya ialah mereka (Yahudi) adalah pihak yang sering mencetuskan masalah kepada kita dan dunia kerana melanggar undang-undang antarabangsa dan melepaskan diri," kata Dr Mahathir ketika sidang media hari ini.
Beliau turut menjelaskan kemenangannya sewaktu pilihan raya 1999 disebabkan bukan Melayu, apabila Melayu tidak menyokongnya kerana menganggap tindakan yang diambilnya terhadap Anwar tidak adil.
Sanusi memberitahu forum ekonomi Melayu di PWTC hari ini bahawa Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin telah hilang harapan orang Melayu akan mengawal ekonomi.
Apabila mereka melihat kemajuan lambat, mereka memutuskan untuk mengikuti contoh Jerman tidak memberikan lesen perbankan kepada orang-orang Yahudi.
Akan tetapi rancangan tersebut gagal selepas Anwar menjadi menteri kewangan yang meluluskan lesen kepada kumpulan perbankan bukan Melayu — Aliance Bank dan Hong Leong Bank.
“Kami berpendapat bahawa jika kita tidak boleh mengawal ekonomi, kita akan mengikuti Jerman,” Sanusi berkata di Kongres Ekonomi Melayu di sini
seterusnya di sini
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar